Membantu Tugas Isteri Di Rumah Adalah Sunnah Rasulullah
Dilema masalah suami malas tolong isteri dalam melakukan kerja-kerja dirumah amat memeningkan kepala isteri. Tambahan pula masalah suami malas tolong isteri ini berlaku kepada pasangan suami dan isteri yang kedua-dua mereka bekerja. Suami isteri penat dan pulang lewat seharian, namun apabila sampai sahaja dirumah isteri banyak kerja dan urusan rumahtangga yang harus diuruskan, namunsuami malas tolong isteri pula melakukan sebahagian kerja yang boleh dilakukannya.
Menurut pakar-pakar kaunseling rumahtangga, banyak kes yang diadukan isteri mengenai masalah suami malas tolong isteri ini kepada mereka. Banyak faktor yang harus dilihat dan diteliti sebelum mereka cuba menyediakan penyelesaian kepada permasalahan suami malas tolong isteri melakukan kerja rumah ini.
Ayuh mari kita lihat apa kata Pakar Kaunseling mengenai permasalah suami culas, liat atau malas membantu isteri melakukan kerja rumah ini di soal jawab harian metro.
Masalah suami malas tolong isteri
Assalamualaikum Dr. Saya ingin mendapatkan nasihat Dr atas tindakan yang saya lakukan sama ada salah atau betul.
Adakah salah apabila seorang isteri ingin mendapatkan bantuan suami dalam melakukan kerja rumah?
Saya dan suami masing-masing bekerja dan kadangkala pulang lewat. Saya tidak mempunyai pembantu rumah dan kebanyakan kerja dilakukan saya sendiri. Ada ketika dibantu suami dan ada waktu tidak dibantu.
Tindakan saya meminta pertolongan suami dilihat sebagai hanya ingin mencari kesalahannya kerana tidak dapat membantu dalam melakukan kerja rumah.
Suami mengatakan lebih baik menghantar baju ke kedai dobi untuk diseterika atau dibasuh.
Tujuan saya di sini bukan untuk dihantar (baju) ke tempat lain, tetapi berkongsi dalam melakukan kerja rumah agar dilaksanakan bersama atau tolong-menolong kerana dapat meringankan beban pasangan.
Saya memberitahu suami berulang-ulang kali, tetapi masih tidak memahami sikap saya ini.
Saya dilabel suka menyalahkan orang, sama seperti sikap ayah saya.
Perkara ini menyebabkan saya berkecil hati kerana ia kerap kali berlaku dan kadangkala dilihat sebagai perkara remeh, tetapi jika tidak dapat ditangani secara baik boleh menimbulkan masalah.
Saya memberitahu suami, ada sesetengah lelaki membantu isteri dalam melakukan kerja rumah.
Suami lebih banyak menghabiskan masa untuk tidur dan berehat daripada membantu ketika saya pulang lewat atau ada banyak perkara yang saya lakukan.
Saya juga sukar mempercayai suami kerana pernah melihat gambar yang tidak elok di dalam telefonnya dan pernah melihat perkataan ‘sexy ladies’ yang tertulis di fail di telefon.
Apabila ditanya, suami mengatakan tidak tahu mengenainya.
Suami saya bukanlah seorang yang suka membaca al-Quran.
Sukar untuk melihat suami duduk di tikar sambil memegang al-Quran.
Saya beritahu suami supaya menjadikan membacaan al-Quran sebagai amalan harian agar mendapat keberkatan daripada Allah dalam melayari rumah tangga.
Saya berpendapat jika suruhan Allah tidak diikut, bagaimana pula dengan sesama manusia?
Malah, sebagai wanita bergelar isteri saya masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar kerana saya bukanlah seorang yang sempurna dari segala sudut.
SS
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Rumah tangga terbentuk atas dasar kerjasama. Dengan itu tidak salah meminta bantuan suami dalam meringankan beban.
Sekiranya suami tidak dapat membantu atau enggan menolong, puan hendaklah bersabar dan teruskan kerja rumah sedapat mungkin.
Sememangnya tabiat itu biasa ada pada suami lebih-lebih lagi apabila penat bekerja.
Islam menghendaki suami bekerja untuk menanggung anak dan isteri. Apabila suami bekerja, isteri pula menguruskan rumah tangga dan anak termasuk menjaga makan minum serta melakukan kerja rumah.
Begitulah pembahagian kerja yang adil antara suami dan isteri. Isteri tidak boleh goyang kaki sahaja menunggu suami, malah perlu menyumbang usaha membangunkan rumah tangga supaya sentiasa bahagia dan selesa.
Perkara itu dibuktikan apabila puteri Rasulullah SAW, Fatimah al-Zahra iaitu isteri Saidina Ali bin Abu Talib melakukan kerja rumah seperti memasak, membakar roti dan mengisar tepung hingga diriwayatkan tangannya menjadi pecah-pecah.
Oleh kerana kerja rumah sangat berat, Fatimah dan suaminya pernah mengadu kepada Nabi SAW agar mengizinkannya mendapatkan pembantu rumah.
Bagaimanapun, Nabi SAW menyuruh Fatimah terus melakukan kerja itu dan tidak pula menyuruh Ali melakukan kerja rumah atas tanggungjawabnya sebagai suami.
Dalam kes di atas, keadaan dan tabiat suami puan perlu mengetahuinya. Mungkin suami terpanggil untuk menolong puan dengan pujukan dan sebagainya.
Sepatutnya tidak timbul perbalahan dalam berkongsi tanggungjawab ini.
Begitu juga tanggungjawab memenuhi kehendak seksual suami, seorang isteri jangan mengabaikannya.
Dengan menjalankan tanggungjawab yang sebaik-baiknya suami tidak mudah tergoda dengan maksiat.
Lebih-lebih lagi dengan teknologi terkini dan pergaulan bebas yang berlaku kini seperti puan nyatakan.
Seterusnya adalah tidak salah menasihati suami supaya membaca al-Quran, mengajak supaya solat berjemaah bersama isteri dan anak, sama ada di rumah atau di masjid.
Sebenarnya tugas mengajak kepada Islam adalah tugas bersama dalam keluarga.
Di samping itu, terus berusaha menambah ilmu agama kerana ia dapat menyelamatkan diri dan keluarga daripada kejahatan sama ada di dunia mahupun akhirat.
Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian artikel diatas. ANDA harus lah bijak menangani masalah suami malas tolong isteri ini dengan hikmah dan bijaksana.
Leave a Comment